Thursday, 4 October 2012

baju kurung pesak buluh

PENGENALAN Baju kurung adalah pakaian tradisional wanita Melayu di Malaysia.Walaupun di dalam zaman moden yang dipenuhi dengan pelbagai fesyen dari barat dan timur,manu baju kurung tetap menjadi suatu kemestian bagi wanita Melayu di Malaysia.Baju kurung apabila dikenakan dengan aksesori sperti tudung@selendang,kasut dan beg yang sesuai,membuatkan si wanita tampak ayu,manis,sopan dan santun seperti seorang wania Melayu tulen.Walaupun dikenali sebagai pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita Melayu namun pemakaiannya tidak terbatas hanya kepada perempuan Melayu sahaja.Bangsa lain di Malaysia seperti bangsa Cina,India,dan lain-lain juga kelihatan cantik apabila memakai baju kurung. Baju Kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Potongannya adalah labuh dan longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju ini dipadankan bersama kain sama ada dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Pakaian orang Melayu masa kini lahir daripada perkembangan pakaian orang dahulu melalui proses pengubahsuaian. Proses ini berlaku kesan daripada peradaban awal masyarakat di tempat itu sendiri, dan juga daripada pengaruh pedagang Arab dan India serta China. Berdasarkan pengaruh tersebut, budaya Melayu diolah dan digabung menjadi budaya yang indah dan unik. Bertitik tolak daripada perkembangan inilah pakaian wanita dan lelaki di Alam Melayu semakin berkembang dan pelbagai. Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah baju Melayu, manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah baju kurung, baju kebaya panjang, baju kebaya pendek, baju kurung Kedah dan baju Pahang @ pesak gantung. Selain itu, terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, baju Menora dan baju Minangkabau. Walau bagaimanapun, tumpuan penulisan ini hanyalah kepada baju kurung jenis pesak gantung dan pesak buluh (pesak biasa) sahaja. Asal usul dan sejarah pemakaian baju kurung sangat sukar ditentukan. Persoalan tentang siapa yang mula-mula menghasil dan memakainya timbul kerana baju kurung dalam bentuk asalnya telah dipakai oleh pelbagai etnik di wilayah Nusantara. Berdasarkan maklumat dalam Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk unik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam. Pengenalan Dari segi sejarahnya, baju kurung dikatakan mempunyai kaitan dengan pakaian 'djallabiyah' yang berasal dari Mesir di mana ia diertikan sebagai baju longgar. Adalah sukar untuk membuktikan dengan tepat sejak bilakah baju kurung mula dicipta dan dipakai oleh masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari Johor, iaitu kira-kira 200 tahun yang lalu semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar di Teluk Belanga, Singapura.Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai baju belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi baju Kurung Riau Pahang @ pesak gantung berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.Terdapat beberapa jenis baju kurung, antaranya ialah Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Riau-Pahang dan Baju Kurung Kedah. Sungguhpun pada umumnya kesemua jenis baju kurung mempunyai ciri-ciri persamaan, tetapi terdapat beberapa perbezaan yang ketara baik dari segi pola, potongan dan cara pemakaiannya. LANGKAH-LANGKAH MEMOTONG BAJU KURUNG PESAK GANTUNG DAN KAIN KIPAS BELAKANG MENGGUNAKAN POLA • Memotong badan baju kurung pesak gantung mengikut pola. • Menggunting lengan baju kurung pesak gantung mengikut pola . • Menggunting pesak bawah baju kurung pesak gantung mengikut pola yang telah dibuat. • Menggunting pesak atas juga mengikut pola yang telah disediakan. • Menggunting kain kipas belakang hadapan dan belakang mengikut pola LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT BAJU KURUNG PESAK GANTUNG DAN KAIN KIPAS BELAKAN • Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik. • Tebukkan bahagian leher baju. • Panjang belahan bergantung pada belahan plaket bawah. • Sediakan kolar baju dan belah plaket. • Sediakan belah dibahagian hadapan badan baju • Sediakan plaket atas belah plaket • Seterika lapik dalam ke SD kanan tindih atas • Lipat basi fabrik • Jahit mesin ¼ “ disekeliling tindih atas belah kecuali bahagian atas plaket atas setelah siap • Sediakan plaket bawah belah berplaket • Seterika lapik dalam ke SD kiri tindih bawah • Lipat basi fabrik • Jahit mesin ¼” di kiri dan kanan • Temukan plaket bawah dengan kiri belah • Temukan SL plaket bawah dengan kiri SD kanan belah • Semat peniti dan jelujur • Jahit mesin di tepi garisan lipatan • Temukan plaket atas dengan belah kanan belah • Temukan SL plaket atas dengan SD kiri belah • Semat peniti dan jelujur • Lipat lapisan atas hingga ke tepi lipatan bertindih • Semat peniti dan jelujur • Jahit mesin ditepi garisan lipatan • Semasa mula menjahit lapik plaket atas dari bucu (1)tarik keluar sedikit plaket bawah • Teruskan menjahit hingga bucu (2),kemudian tolak semula lapik plaket bawah ke kedudukan asal dan terus menjahit ke 3,4,5,6,7 dan ke 5 semula. 5)Menyediakan kolar mandarin • Tekan lapik dalam ke bahagian kolar atas • Lipat basi fabrik bahagian bawah kolar atas ke SD, dan jahit mesin ½” dan tepi lipatan • Temukan SL kolar atas dan kolar bawah • Semat peniti,jelujur dan jahit mesin dikeliling kolar kecuali bahagian bawah • Trim basi kelim dan snip • Terbalikkan ke SL • Jahit jelujur halus di sekeliling kolar • Mencantum kolar ke garisan leher • Temukan SD baju dengan lapisan bawah kolar • Temukan hujung kolar dengan tepi hujung belah berplaket dan semat peniti. • Temukan GTB kolar dengan GTB baju dan semat peniti • Ratakan dan jelujur jahit mesin • Trim dan snip basi kelim kolar • Mengemas garis leher kolar • Tarikkan kolar ke atas • Semat peniti,jelujur dan jahit mesin • Gosok dan kemaskan • Tandakan perletakan butang dan lubang butang • Tebuk lubang butang pada plaket atas. 6)Cantumkan bahagian-bahagian baju: - Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk. - Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus. - Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah . - Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. - Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. 7) Lipat dan jahit kelepet-kelepet. LANGKAH MENJAHIT KAIN KIPAS BELAKANG 1) Tandakan 8” dari atas GTB untuk perletakan zip 2) Cantumkan dari hujung zip hingga kepada tanda bahagian kipas (bertanda*) dengan mata jahitan halus. 3) Dari tanda *,jahit jahitan kasar hingga ke hujung kain. 4) Susun lipatan kipas mengikut ukuran (2.5” atau 3”)dan gosokkan. 5) Tampal bahagian tengah kipas dengan plaket mengikut kesesuaian dengan ukuran 4”. 6) Cantum sisi kain hadapan dan belakang dan jahit 1” . 7) Jahit zip pada bahagian yang ditinggal 8” tadi. 8) Kemudian jahit ikatan pinggang dengan menggunakan getah dibahagian sisi dan jahit pengeras di hadapan dan belakang pinggang. 9) Jahit kelepet di hujung kain untuk kemasan dengan menggunakan mesin jahit. 10) Jahit cangkuk dan palang pada kain. KESIMPULAN Kesimpulannya dalam proses menjahit baju kurung pesak gantung atau baju kurung Riau Pahang ini, saya dapat mengenal pasti dan mengetahui sejarah asal usul baju kurung ini. Saya juga dapat membezakan jenis-jenis baju kurung seperti baju kurung pesak buluh, baju kurung pesak gantung dan proses menjahit kainnya juga adalah berbeza. Baju kurung pesak gantung ini amat sesuai untuk orang yang bertubuh kurus mahupun gempal .Di samping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahagian punggung. Saya juga dapat mengetahui perbezaan antara kurung Pahang dan kurung pesak gantung ini iaitu ,kurung Pahang hanya mempunyai satu pesak dari bawah ketiak terus ke bawah manakala kurung Riau@ pesak gantung mempunyai 2 pesak satu di bahagian bawah ketiak dan satu lagi yang kembang di bahagian bawah, dan ianya kelihatan seperti tergantung antara satu sama lain. Selain itu, baju kurung Pahang, pesaknya hanya sedikit mengikut potongan di bahagian pinggang sahaja sedangkan baju kurung pesak gantung mengikut potongan di bahagian dada dan pinggang dan kembang sedikit di bahagian punggung. Baju potongan RIAU ini ,kainnya adalah lipat hadapan atau disebut selisih depan dan ada yang susun di belakang. Semoga pemakaian baju kurung tidak akan terhapus begitu sahaja pada generasi yang akan datang. Rujukan 1) homesolehah.blogspot.com/2008/12/nota-baju-kurung-pesak-gantung. 2) Abdul Rahman Hj.Ismail.(2005),Malaysia : Sejarah dan Politik Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka 3 ) A.Aziz Deraman (2001).Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia(edisi baharu) Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka. RUJUKAN 1) http://alorsetar.olx.com.my/baju-kurung-tradisional-wanita-iid-82610703 2) http://www.teknikjahitan.com/index.php 3) http://www.ezbajukurung.com/

No comments:

Post a Comment

Post a Comment